“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
Menegur secara sembunyi.
Posted on Wednesday, April 16, 2014
Posted at 8:26 PM
Cuba bayangkan dalam solat Hari Raya 'Aidilfitri, Tok Imam 1 'tersalah'. Beliau terlupa bertakbir sunat 5 kali pada rakaat kedua. Bangun sahaja rakaat ke 2 beliau terus membaca Al-Fatihah.

Cuba bayangkan makmum ratus-ratusan orang. Ada artis, ada tok bomoh, ada pemain bola, ada cikgu, ada tukang gunting, ada pemandu teksi, ada nurse dan segala bagai manusia lain. Masing-masing mereka merasakan bahawa Tok Imam 1 salah kerana meninggalkan takbir 5. Dan masing-masing dikalangan mereka turut merasakan bahawa 'aku' patut menegur. Lalu mereka pun beramai-ramai menegur Tok Imam 1.

"SUBHANALLAH!!!"

Bergema masjid...
Dalam masa yang sama dibelakang Tok Imam 1 ada Tok Imam 2 yang ikut solat berjemaah. Beliau hanya berdiam diri tanpa menegur Tok Imam 1 yang terlupa Takbir 5 tadi.

Pengajaran.

1. Kenapa perlu tegur Tok Imam 1 sedangkan yang ditinggalkan hanya SUNAT Hai'ah. Agak-agak apa jadi? Apabila semua orang merasakan diri berhak & bebas menegur Tok Imam 1 yang seorang ini.


2. Padahal selama ini mereka 'orang awam' yang tidak tahu & tidak belajar ilmu fekah serta hukum-hakam solat berjemaah. Sehingga mereka tidak tahu adakah perlu mereka tegur kesalahan Tok Imam 1.

3. Cuba lihat Tok Imam 2, beliau hanya berdiam diri. Padahal sepatutnya dialah orang pertama yang berhak menegur Tok Imam 1. Kenapa beliau diam, adakah beliau tidak tahu & sedar Tok Imam 2 tertinggal Takbir. Ehhh..tidak! Dia tahu & sedar. Tapi dia orang belajar & berilmu. Dia tidak menegur membuta tuli & semberono seperti orang ramai yang 'tidak tahu' itu. Dia belajar & tahu hukum fekah. Yang di tinggalkan Tok Imam adalah SUNAT Hai'ah dan tidak menjejaskan solatpun. Tetapi percayalah bukan bermakna dia tidak menegur Tok Imam 1 itu, dia setuju dengan kesalahan Tok Imam 1 tadi. Tapi dia tahu yang ditinggalkan itu adalah hukum SUNAT sahaja. Dan dia bersangka baik boleh jadi Tok Imam 1 terlupa.

4. Sekali lagi cuba bayangkan orang yang tidak tahu hukum-hakam solat tadi, kemudian mereka berlagak tahu. Mereka rasa mereka perlu tegur Tok Imam 1 kerana salah. Maka apa akan jadi solat Hari Raya pada hari tersebut.

___________
Ini adalah kiasan. Jika setiap daripada kita merasakan bahawa kita berhak menegur sesiapapun sedangkan kita tidak ada ilmu tentang itu. Atau bahkan orang yang kita tegur itu jauh lebih 'tahu' berbanding kita, maka apakah layak kita melakukan itu. Jika manusia semua merasakan dia berhak menegur, maka akan penuhlah dunia ini dengan 'komen-komen' mereka.

Bukanlah bermakna kita tidak boleh menegur. 

Tapi Lihatlah dulu diri kita, keadaan kita, ilmu kita, amalan kita, adab kita, adakah kita PERLU atau BERHAK menegur seseorang itu. Kerana di sana masih ada pilihan yang lebih SELAMAT iaitu DIAM.

Bak kata ulama.. orang yang menegurmu secara sembunyi..mereka benar-benar sedang menasihati.