“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
Mendidik Anak Tanpa Ilmu Dan Kemahiran.
Posted on Sunday, April 27, 2014
Posted at 9:23 AM
Bayangkan saat ini anda di bilik dioperasi. Si dokter berbisik pada anda

"Harap anda ketahui, saya ini bukan doktor bedah, bahkan sama sekali bukan dokter. Tetapi tidak usah khuatir, saya saya sangat mencintai pesaki saya dan sangat tulus mengharapkan semua pesakit saya sembuh"

Apakah anda membiarkan 'doktor' itu membedah anda? Tentu saja tidak. Dia tiada pengetahuan mahupun kemahiran utk menjalakan kerjanya.

Mak Ayah ... memang anda sayang dan mengharap terbaik utk anak anda. Seperti 'doktor' di atas, sayang dan harapan saja tak cukup. Ilmu dan kemahiran kena ada ttg keibubapaan.

Malangnya ramai tiada pengetahuan dan kemahiran utk mendidik anak khusus di zaman moden yang serba mencabar ini. Muncul banyak perkara baru yg tidak wujud semasa kita menjadi kanak2 dahulu. Hanya ilmu baru dan kemahiran baru yg boleh membuat kita jadi ibubapa hebat.

Ramai hanya mengikut.
Samada ikut kemahuan anak atau ikut apa ibubapa lain buat tanpa berfikir sejenak kewajarannya.

Ibubapa lain pakat2 ...
- bagi anak h/phone, kita bagi juga
- bagi anak kecil tablet agar tak ganggu mak di dapur kita pun bagi
- bagi anak motorsikal ke sekolah, senang kita tak payah hantar kita ikut juga
- tak halang anak berboyfriend/bergirlfriend, kita pun sama
- bagi kebebasan anak keluar masuk rumah bila2 masa, kita tiru juga

Kerana tiada pengetahuan dan kemahiran jugalah:
- bukan ibubapa tetapi anak yg menentukan apa yg boleh dan apa yg tak boleh di rumah
- ibubapa ikut semua kemahuan anak dan apabila nak bertindak sudah tidak boleh kerana anak sudah "naik kepala"
- ibubapa takut pada anak, bukan anak takut pada ibubapa

Mak ayah kenapa, kenapa !!

Bila ada masa lapang bacalah buku mengenai keibubapaan ... ini tidak. Masa lapang tonton TV. Drama, lawak bodoh, muzik ...

Bila sekolah buat program keibubapaan, ayah usah sombong dan ego sangat hantar ibu saja!

Bila ada ceramah di masjid termasuk topik keibubapaan, tunggulah usah sibuk balik

Pesanan hari ini pasti terkena ramai.
Memang disengajakan. Semata-mata mahu timbul kesedaran bagi mereka yg barangkali masih lena. Kala tsk suka akan peringatan ini komen "tak suka".

Sumber : Dr Shukri Abdullah