◄
Pengejar sempurna..
Posted on Sunday, April 27, 2014
Posted at 12:29 PM
Posted at 12:29 PM
Pengejar sempurna.
Lagi lama engkau kenal dia, lagi lama engkau tahu,
tentang kebaikkan tersembunyinya
dan kelemahan yang seupaya dia sembunyikan.
Apakah dengan kebaikkan kau ketahui
itu buat engkau bersyukur?
atau
dengan mengetahui kelemahan dan kekuranganya
buat engkau menjauh dan tidak merasakan dia untuk kamu?
Pilihlah selagi engkau mampu memilih,
kelak satu hari engkau akan sedar,
tiada sempurna seperti yang engkau mahukan.
Sehingga satu detik,
memanah diri dengan persoalan,
"Mengapa aku siakan yang mampu mencintaiku setiap hari?"
"Sedang yang kini aku sedaya korban dan beralah masih tiada rasa kasih yang sesempurnanya.."
Pilihlah selagi engkau tidak patahkan hati insan lain.
Cintailah seseorang kerana kekurangannya
kelak engkau akan merasa bahagia saat mengetahui kelebihannya..
Jangan mencintai kerana kelebihan,
kelak engkau pasti berduka saat mengetahui kekurangan nya..
Cinta itu aneh, luar biasa..
suka apabila engkau mengetahui kelebihannya,
sedangkan cinta setelah engkau mengetahui kekurangannya,
engkau masih menyukai..
malah lebih mencintai..
Leave a comment (0)