◄
Rumput.
Posted on Wednesday, April 16, 2014
Posted at 9:54 PM
Posted at 9:54 PM
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
pelajar : cikgu, mcm mana kte nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana nak jaga supaya kasih sayang tu berkekalan?
cikgu : kamu ikut ape yg saya suruh. kamu pergi ke padang. berjalan kat atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke blakang lagi walau skali pun.. dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas..
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
cikgu : kenpa tiada rumput yang dipilih??
pelajar : tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik..memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata pilih yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi smpai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.. mungkin di antara yang di belakang tadi ada rumput yang tercantik tapi dah cikgu pesan tak boleh menoleh belakang lagi, jadi tak adala rumput yang saya boleh petik..
cikgu : itulah jawapannya..
bila kita dah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah cari yang lebih baik dari itu. kita sepatutnya hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan terbaik untuk kita.. walaupun ada yang lebih baik dan cantik seperti rumput-rumput tadi.
Leave a comment (0)