“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
Bila dia menjauh.
Posted on Friday, May 9, 2014
Posted at 2:35 PM
"TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. 
Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu 
dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. 
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. 
Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. 
Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, 
hambaNya yang beriman."


Bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok...

Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya
pada DIA tentang dia...
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta
DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.
Maka bila kita semakin jauh,
mungkin ini petunjuk daripada-NYA,
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan ALLAH lebih indah dan baik dari yang dijangka.
Jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin-NYA,
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita....