“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
Doa :.
Posted on Friday, May 9, 2014
Posted at 2:05 PM
YA ALLAH aku mohon
Ya Allah..Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat.
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.
Kau berikanlah aku kekuatan mental.
Kau karuniakanlah aku dengan sifat keridhaan.
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cobaan Mu.
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
.
Ya Allah…

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan

keterlanjuranku.

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai.

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbingan Mu.
Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu.

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cobaanMu.
Jadikanlah aku hamba yang disenangi Mu
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi hamba Soleh
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku mohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan takdirMu.
Kerana aku sadar hinanya aku.
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru.
Kerana aku lalai dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujian Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati.
hamba yang dikasihi.
hamba yang soleh.
hamba yg sentiasa bersama Mu

Amin,.Amin..Amin .. Ya Rabb Allamin.

Labels: