“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
Fakta Pakar Diari Hati :.
Posted on Friday, May 9, 2014
Posted at 2:33 PM
Fakta PDH :
Mereka yang nampak ceria, menghiburkan, banyak cakap dan membuat insan disekelilingnya ketawa adalah insan yang merasai sunyi, mudah menangis dan inginkan perhatian yang ikhlas untuk dirinya. Sesiapa yang memahami dirinya, pasti dia akan buat insan itu bahagia. Dia juga pecinta yang baik, adakah saya bercakap tentang kamu? 

Fakta PDH :
Lelaki romantik biasanya hatinya halus, mudah terasa suka yang damai dan pendiam. Biasanya perempuan lasak, berdikari dan ramah tak suka sangat lelaki begini, eh? tup tup jadi suami?!

Fakta PDH :
Sepertimana orang perempuan tak suka lelaki puji perempuan lain di hadapannya, lelaki juga tak suka perempuan membanding-bandingannya dengan lelaki yang perempuan itu kenal di hadapan atau belakangnya.

Saya cuba,
cuba untuk buat awak setiap hari akan tersenyum..

Saya cuba,
cuba kembalikan cinta ketika awak reda selepas marah atas mungkin kelekaan dan kesilapan saya..

Saya cuba,
cuba hiburkan awak ketika awak diam merajuk atau cemburu..

Saya cuba dan terus mencuba dari saya mula kenal awak, menikahi awak nanti, mendapat baby dan membesarkan anak-anak bersama awak nanti, hinggalah kita tua bersama kelak.

Kerana, saya bahagia setiap kali saya cuba buat semua ini,
dan bahagia bila awak sedar saya tak pernah gagal cuba beritahu "saya cintakan awak"