“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
gambaran penyesalan.
Posted on Tuesday, May 13, 2014
Posted at 2:24 AM
Di zaman Iskandar Zulkarnain dan tenteranya, terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api & cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. 

Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas berlian. Apa lagi.. ada yang mulai kutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk tampung batu-batu. Ada juga yang tak percaya dan tak kutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada yang merasa letih lalu mlepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak hujung terowong. Dalam samar-samar mereka lihat, batu-batu yang mereka bawa betul-betul emas berlian! Ada yang minta kebenaran untuk berpatah balik ke tengah terowong, tapi tidak dibenarkan

Bila keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal. 

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak berapa yakin dan kerana letih dan malas.

Itulah gambaran penyesalan KITA bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal! Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. 

Ketika itu roh kita meronta-meronta tak mahu tinggalkan dunia jika gmbaran yang tidak baik ditunjukkan. seperti mereka yang meronta-ronta minta kebenaran untuk balik ke tengah terowong semula. Tapi bila roh di halqom dah trlambat!

Bila smpai di akhirat, semua orang akan menyesal:

(a)Yang soleh menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk tingkat kan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. 

(b)Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang tidak, lagi lah menyesal. Ada amalan, tapi skit. Dosa menimbun.

(c)Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, harta, pangkat dan sebagainya.

(d)Orang yang asalnya Islam tapi tinggalkan agama lagi lah menyesal! Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal!

Itu lah gmbaran pyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu-rayu, 

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikan kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguh nya kami telah benar-benar yakin"