◄
Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods.
Posted on Friday, May 9, 2014
Posted at 11:32 PM
Posted at 11:32 PM
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yang dia hantar anak die 2 tahun pergi Sichida kelas... yakni kelas yang di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yang aku nak masukkan tahun depan tu cost nya lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sangat cina yang pergi kelas tu untuk ajar anak-anak depa dan melayu cuma setengah kerat aje.
Aku pun nak korang practice kan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya. Sebab during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur-tidur ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab dia bangun pagi lambat lepas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu dan Ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dan sebagainya.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. memang lah kite yang kene mengemas tapi takpe. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yang korang lukis tu kat sebelah lagi. ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak.sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri. kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.kita pun bukan tak biasa merapu....
6. Main teka-teki dengan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam.bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dalam kotak tissue tu. ni semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat. semua game yang hangpa nak buat dengan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks. tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi. Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila-bila Dia boleh tarik balik..betui dak...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca.
Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia ada cakap tentang perkataan 'jangan' kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan 'jangan' kat anak-anak..itu lah yang anak akan buat. so lepas ni kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak. contohnya.Tolong senyap Abang. berbanding Jangan bising bang..
Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap/berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses nak tidur sebab pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.
Sumber : Rakan Fb.
Leave a comment (0)
