“Reading was my escape and my comfort, my consolation, my stimulant of choice: reading for the pure pleasure of it, for the beautiful stillness that surrounds you when you hear an author's words reverberating in your head.”
― Paul Auster, The Brooklyn Follies
pesanan :.
Posted on Friday, May 9, 2014
Posted at 2:50 PM
''Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut ''
(HR Tirmizi)

-Sentiasalah bersangka baik dengan apa jua ujian yang ditimpakan..
-Jangan terlalu mengharap pada apa yang belum pasti untukmu..serahkan segala urusanmu pada Allah. moga Dia tentukan apa jua yang terbaik untukmu dunia & akhirat.
-Meyakini apa jua yang ditakdirkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk dirimu.

Sudah yakin dengan 3 perkara asas untuk hatimu lebih tenang dan damai ini?

harga secubit gula bagi manusia = kecil sangat
harga sebutir gula bagi semut = mungkin besar buat mereka

Pengajarannya : jangan jadikan alasan, tak nak buat kebaikan kerana kebaikan itu kecil. Mungkin kecil di mata kita, tapi besar di mata orang lain.

Tinggalkanlah rasa duka semampumu........kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolongmu.Percayalah, esok pun Dia masih akan tetap menolongmu....' ( Imam Syafi'e)


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai.

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu 
kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali &
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

1. KAYA lelaki kerana AKHLAK mahmudah
2. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
3. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah penuh keikhlasan
4. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
5. HEBAT lelaki kerana KESABARAN
6. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH

Labels: