◄
PLUTO MUNGKIN AKAN DINAIKKAN PANGKAT.
Posted on Tuesday, June 3, 2014
Posted at 1:24 AM
Posted at 1:24 AM
Artist concept of New Horizons spacecraft.
Credit: Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory/Southwest Research Institute (JHUAPL/SwRI)
In 2006, NASA dispatched an ambassador to the planetary frontier: The New Horizons spacecraft, now more than halfway between Earth and Pluto, is on approach for a dramatic flight past the icy dwarf planet and its moons in July 2015.
After 10 years and more than 3 billion miles, on a historic voyage that has already taken it over the storms and around the moons of Jupiter, New Horizons will shed light on new kinds of worlds on the outskirts of the solar system.
Pluto gets closer by the day, and New Horizons continues into rare territory, as just the fifth probe to traverse interplanetary space so far from the sun. And the first ever to travel to Pluto.
-------
Ibaratkan seorang menteri yang dilucutkan jawatan daripada jawatankuasa kabinet, itulah nasib Pluto setelah disingkirkan klasifikasinya sebagai sebuah planet daripada sistem solar pada tahun 2006 apabila ramai pakar-pakar astronomi mengundinya keluar. Hampir lapan tahun terhilang status “planet”, Pluto berkemungkinan besar akan diklasifikasikan semula sebagai sebuah planet atas bantuan teknologi Teleskop Angkasa Hubble.
Saintis-saintis pada hari ini telah menentukan bahawa Pluto mempunyai lima bulan yang sedang mengelilinginya. Bayangkanlah, satu ketulan batu di ruangan angkasa yang enam kali ganda lebih kecil berbanding Bumi mempunyai bilangan bulan yang jauh lebih banyak daripada Bumi sendiri.
Jarak Pluto daripada Matahari adalah lebih kurang 4-7billion kilometer, kadangkala boleh mengelilingi Matahari pada jarak yang lebih dekat berbanding Neptune, tetapi oleh kerana orbitnya yang pelik dan condong, ia tidak akan menghentam Neptune.
Kajian atmosfera yang dibuat meletakkan bahawa Pluto mempunyai gas methane iaitu stratosfera, yang merupakan lapisan atmosfera yang kedua (troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera, dan eksosfera).
Semuanya bermula apabila Pluto didapati tidak memenuhi terma dan syarat untuk layak sebagai “planet”.
1. Seketul batu yang perlu mengelilingi Matahari;
2. Seketul batu yang perlu mempunyai graviti yang akan mengekalkan saiz sferanya;
3. Seketul batu yang perlu mempunyai pertahanan orbit.
Pluto memang mengelilingi Matahari. Pluto bukan saiz bujur, tetapi sfera. Akan tetapi, Pluto tidak mempunyai sistem pertahanan. Sebuah planet dicipta melalui pelbagai cara yang memakan masa tersangat lama, dan ia mempunyai struktur graviti yang mampu menghancurkan batu-batu angkasa yang kecil atau memantulkan mereka ke tempat yang lain.
Pluto mempunyai jisim 0.07 kali ganda berbanding objek-objek angkasa yang lain dalam orbitnya, tidak sama seperti Bumi yang mengandungi jisim 1.7juta kali ganda. Mana-mana ketulan yang tidak memenuhi kriteria ketiga akan diklasifikasikan sebagai “planet kerdil” (dwarf planet). Dan itulah Pluto.
Kenaikan pangkat mungkin akan dimeteraikan apabila kapal angkasa NASA tiba di Pluto pada Julai 2015, yang dijadualkan untuk mengambil banyak gambar dan mungkin boleh menemui bulan-bulan yang lain. Dengan penemuan yang menanti, pakar-pakar astronomi telah bersedia untuk mengembalikan Pluto sebagai planet kesembilan.
-- AFDS --
Leave a comment (0)